Dimana hilangnya cinta?
Dimana hilangnya kau sayang?
hancur dan luluh hati ini hanyalah Allah mengetahui...
aku setia dan terus setia,
walaupun diimpit dengan beribu sesalan,
berat rasanya dan sukar diluahkan,
perasaan ini tergantung sepi
dibiarkan, disakitkan, dihina, dan paling teruk dimatikan,
terseksa jiwa ini teringat segalanya, memang jika aku dihitung dengan keluarga mu aku tiadalah sesiapa dan sanggup dibuang sedangkan aku sanggup duakan keluarga aku untuk kau, yg tahu ini hanyalah allah dan kau..
tersemat didalam lubuk hati ini dengan beribu rasa,
rasa rindu yg melayang teringatkan kenangan kita dahulu,
rasa marah kerana dibuang,
rasa menyesal atas segala pengorbanan yg pernah lalukan,
rasa sia-sia selama ini menjadi seorang yg begitu mencintai,
mengapa rindu ini kuat?
mengapa cinta ini pada aku?
mengapa aku yang diuji?
sungguh aku tak mampu memaksa untuk kau mencintai aku,
sungguh aku juga tak mampu menahan rasa cinta ini pada kau,
sungguh aku mencintai kau,
sungguh aku benar benar mencintai kau,
sanggupkah kau mematikan semua ini?
sanggupkah kau membunuh aku?
tahukah kau aku takmampu berhenti mencintai kau?
benarkah aku bukan lagi dihatimu?
benarkah terhapus sudah semua kenangan dan pergorbanan kita?
adakah semua ini benar benar terjadi?
adakah semua ini benar benar terjadi?
didalam fikiran ini terfikir soalan ini sedangkan kau memang ada disebelahku, memang benar jasad mu ada disisi ku,
mengapa semua ini berubah dimana salahnya?
bagaimana aku harus mengubah semua ini..
kali ini hati ini terlalu sakit,
hsri ini hati ini dirobek dan aku tak mampu,
aku tak mampu hadapi semua ini...
mengapa susahnya hati ini untuk mengalah,
mengapa langkah aku ini hanya menuju kepada kau sedangkan kau melangkah pergi,
mengapa air mata ini sudah tiada harga pada mu?
bukan niat aku menyakiti kau,
bukan niat aku memalukan kau,
bukan niat aku menjatuhkan kau,
kau tahu untuk apa, pada siapa, kau tahu semua ini...
andai ini adalah takdirnya aku redho , aku ikhlas..
andai tiadalah lagi didalam hidup kau dari aku,
percayalah aku menanggis kerana merindukan kau...
andai tiadalah lagi langkah dan terpaksa terhenti disini,
percayalah aku masih menanti kembalinya dirimu yg dulu begitu mencintai aku...
yang benar
( seseorang yang tulus mencintaimu )